5 perkara yang perlu anda tahu mengenai insurans dan cukai jalan (roadtax)

Masa- Pasti ramai di antara anda akan memperbaharui cukai jalan pada saat akhir. Mungkin paling awal pada minggu yang terakhir. Mungkin ada juga yang memperbaharui cukai jalan selepas tamat tempoh. Sebenarnya, cukai jalan boleh diperbaharui 60 hari sebelum tarikhnya tamat. Ini akan memudahkan lagi anda untuk merancang masa yang sesuai untuk pergi memperbaharuinya tanpa mengganggu kerja harian. Anda boleh merujuk geran kereta sekiranya anda berasa tidak yakin.

Urusan-  Pada kebiasaannya, anda akan menyerahkan 100% kepada ejen takaful/insurans untuk menyelesaikan segala urusan sehingga memperoleh roadtax. Anda dinasihatkan untuk menyemak maklumat perlindungan takaful/insurans yang anda ambil supaya tidak diperguna. Selaku pengguna, anda berhak untuk mendapatkan segala maklumat berkenaan perkhidmatan yang anda bayar, seperti jenis perlindungan, sum-insured (jumlah perlindungan), NCD (non-claim discount) dan yang paling penting premium perlindungan takaful/insurans kenderaan.

Jumlah perlindungan-  Jumlah perlindungan takaful/insurans adalah hak anda untuk tentukan, bukan ejen. Anda dinasihatkan untuk memilih jumlah yang bersesuaian dengan harga semasa kenderaan. Cara paling selamat untuk mengetahui harga semasa kenderaan adalah dengan menghubungi pihak bank. Ini kerana pihak bank akan mengemas kini harga kereta setiap 3 bulan sekali. Cara seterusnya adalah mendapatkan maklumat daripada kedai kereta terpakai. Mereka mempunyai perkiraan harga kereta tersendiri. Dan cara termudah untuk mengetahui harga semasa ialah dengan mencari harga purata sesebuah kenderaan.

Below/Over insured- Tidak guna untuk meletakkan jumlah perlindungan yang tinggi kerana sekiranya berlaku claim, anda hanya boleh membuat tuntutan mengikut harga semasa(over insured). Sebaliknya, sekiranya anda meletakkan harga perlindungan kereta anda di bawah harga semasa, apabila berlaku tuntutan, syarikat hanya akan meluluskan sehingga jumlah yang anda insuranskan(below insured). Tetapi sesetengah syarikat masih boleh mengambil kira sekiranya perbezaan jumlah perlindungan dengan harga semasa tidak terlalu jauh sekitar 5%-10%. Amat penting untuk anda mengetahui harga semasa kenderaan anda.

Faedah- Anda juga perlu mengetahui mengenai faedah yang anda dapat sekiranya mengambil insurans daripada mana-mana syarikat. Ini adalah untuk mengelakkan anda daripada ditipu. Bandingkan faedah-faedah yang diberikan oleh beberapa buah syarikat kemudian buatlah keputusan yang anda rasakan paling sesuai. Antara contoh faedah adalah sepeti diskaun atau bonus apabila tidak berlaku kemalangan pada satu tahun tempoh perlindungan.


Contoh roadtax


Cukai Jalan / Road Tax :
Kadar Cukai Jalan (Road tax) ditentukan oleh beberapa perkara seperti berikut: -
  • Jenis pemilikan (individu/syarikat)
  • Jenis kenderaan (Engin desel/petrol)
  • Kapasiti Enjin/CC
  • Kawasan (Semenanjung,Sabah,Sarawak)

No comments:

Post a Comment