Cara-cara untuk membuat tuntutan

Apa yang perlu anda lakukan sekiranya berlaku kemalangan/kerugian
• Catat butir-butir kemalangan – Sekiranya anda terlibat dalam kemalangan bermotor, buat catatan berkaitan kemalangan tersebut seperti nama dan alamat semua pemandu dan penumpang yang terlibat, nombor pendaftaran kenderaan, buatan dan model setiap kenderaan yang terlibat, nombor lesen pemandu dan butir-butir insurans dan juga nama dan alamat saksi seramai mungkin.
• Buat laporan polis – Anda adalah dikehendaki oleh undang-undang untuk membuat laporan polis dalam masa 24 jam selepas sesuatu kemalangan jalan raya.
• Beritahu syarikat insurans anda – Anda perlu memberitahu syarikat insurans anda secara bertulis dengan memberi butir-butir lengkap secepat mungkin. Bergantung kepada jenis tuntutan yang akan anda buat, anda mungkin perlu memberitahu syarikat insurans lain (untuk keterangan lanjut sila rujuk kepada bahagian Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans’. Sekiranya anda tidak membuat laporan tentang kemalangan tersebut, anda sendiri akan bertanggungjawab ke atas kerugian anda dan juga sebarang tuntutan pihak ketiga terhadap anda.
• Pilih bengkel – Anda mesti menghantar kereta anda yang rosak ke bengkel yang diluluskan oleh syarikat insurans. Jika kemalangan berlaku semasa waktu pejabat, anda perlu menelefon nombor ‘hotline’/ bantuan kecemasan yang disediakan oleh syarikat insurans. Ataupun, anda boleh menghubungi syarikat insurans anda untuk mengetahui bengkel yang diluluskan yang paling hampir. Sekiranya kemalangan berlaku selepas waktu pejabat dan anda membuat tuntutan terhadap polisi anda iaitu tuntutan kerosakan sendiri, anda perlu memastikan bahawa kenderaan anda ditarik ke bengkel yang diluluskan oleh Skim Bengkel Pembaik Motor Persatuan Insuran Am Malaysia [yang dikenali sebagai PIAM Approved Repairers Scheme (PARS)]. Sekiranya anda membuat tuntutan pihak ketiga, anda dinasihatkan juga supaya menghantar kenderaan ke bengkel PARS.

Kemalangan kereta di jalanraya

Sebuh kerata termasuk ke dalam gaung

Membuat tuntutan terhadap syarikat insurans
Tuntutan kemlangan
Apabila anda terlibat dalam kemalangan, anda boleh sama ada membuat tuntutan kerosakan sendiri atau tuntutan pihak ketiga:

Tuntutan kerosakan sendiri
Ini merujuk kepada membuat tuntutan terhadap polisi insurans anda sendiri, iaitu anda mempunyai polisi komprehensif. Walau bagaimanapun, anda akan kehilangan kelayakan NCD.
Semasa memberitahu syarikat insurans anda tentang sesuatu kemalangan, bertanyalah tentang bengkel mana yang anda perlu menghantar kenderaan anda untuk diperbaiki.
Kemukakan Borang Laporan Kemalangan Motor yang telah lengkap bersama-sama dengan dokumen sokongan secepat mungkin kepada syarikat insurans anda.
Bengkel akan memulakan kerja-kerja membaiki kenderaan apabila diluluskan oleh syarikat insurans anda.
Setelah selesai kerja-kerja membaiki, anda akan diberitahu oleh bengkel supaya datang mengambil kenderaan anda.

Tuntutan pihak ketiga
Anda boleh membuat tuntutan Pihak Ketiga sekiranya anda bukan pihak yang bersalah ke atas kemalangan tersebut dan anda dapat mengekalkan kelayakan NCD anda.
Terdapat dua jenis tuntutan Pihak Ketiga, iaitu tuntutan terhadap syarikat insurans pihak yang bersalah atau, sekiranya anda mempunyai polisi Komprehensif, tuntutan terhadap syarikat insurans anda. Anda digalakkan mengemukakan tuntutan anda kepada syarikat insurans anda sendiri untuk mempercepatkan pemprosesan tuntutan.
Sebagai pihak ketiga yang membuat tuntutan, anda dikehendaki mengurangkan kerugian anda iaitu hendaklah berusaha meminimumkan kerugian anda.
Melantik pelaras kerugian berlesen untuk menilai kerugian anda. Bengkel atau syarikat insurans pihak ketiga boleh menasihati anda berhubung dengan perkara ini.
Kemukakan laporan pelaras kerugian dan Borang Laporan Kemalangan Motor bersama-sama dengan semua dokumen sokongan secepat mungkin.
Anda layak menuntut daripada syarikat insurans pihak ketiga bagi `pampasan bagi masa pembaikan sebenar’ (CART) dan ganti rugi untuk ekses. Bagi masa pembaikan sebenar kenderaan anda yang sedang dibaiki, ini adalah berdasarkan kepada jumlah hari untuk membaiki kereta anda seperti yang ditentukan oleh pelaras kerugian. Syarikat insurans, mengikut budi bicaranya boleh memberikan tambahan tempoh selama tujuh hari bekerja bagi sebarang kelewatan yang tidak dapat dielakkan. Skala standard bagi CART harian telah ditetapkan oleh PIAM. (Lihat Jadual 2)
Sebagai alternatif, anda boleh membuat tuntutan kos menyewa kenderaan gantian yang sama jenis dan kapasiti untuk selama jumlah hari yang ditentukan bagi masa pembaikan sebenar yang dibuktikan dengan resit daripada syarikat kereta sewa berlesen.

Tuntutan kecurian
Selepas mengemukakan borang tuntutan, anda mesti bekerjasama sepenuhnya dengan syarikat insurans anda atau wakilnya semasa penyiasatan tuntutan kecurian tersebut.
Memandangkan polis dan syarikat insurans anda memerlukan masa untuk menyiasat tuntutan anda, anda akan menerima tawaran pembayaran daripada syarikat insurans anda dalam tempoh enam bulan dari tempoh kecurian tersebut dimaklumkan atau selepas selesainya siasatan polis, mengikut mana yang lebih awal.

Prinsip indemniti
Prinsip indemniti penting dalam insurans. Berdasarkan prinsip ini, perlindungan insurans akan membayar kerugian anda dengan meletakkan anda pada keadaan yang sama sebelum anda mengalami kerugian. Memandangkan anda akan dibayar berdasarkan hanya kepada jumlah kerugian yang ditanggung, anda tidak boleh 'mendapat keuntungan' daripada tuntutan insurans motor. Oleh yang demikian, sekiranya kenderaan anda melebihi usia lima tahun, 'betterment' akan dikenakan.

'Betterment' terjadi jika semasa membaiki kerosakan kenderaan akibat kemalangan, alat lama diganti dengan alat francais baru. Selaras dengan prinsip indemniti, anda akan menanggung perbezaan kos terbabit kerana dengan alat francais baru tersebut, anda kini berada dalam keadaan yang lebih baik selepas kemalangan. Walau bagaimanapun, pengenaan 'betterment' adalah atas budi bicara syarikat insurans anda. Sekiranya syarikat insurans anda mengenakan 'betterment', ia hendaklah menurut skala standard 'betterment' yang diguna pakai oleh industri seperti berikut:

Bagaimana membuat aduan dan saluran penyelesaian yang ada
• Sekiranya anda mempunyai aduan tentang produk atau perkhidmatan syarikat insurans anda atau anda tidak berpuas hati dengan penolakan atau tawaran penyelesaian tuntutan, anda hendaklah terlebih dahulu cuba menyelesaikan aduan tersebut dengan Unit Aduan syarikat insurans berkenaan.

• Sekiranya anda masih tidak berpuas hati dengan keputusan yang dibuat, anda boleh menulis sama ada kepada Biro Pengantaraan Kewangan (Financial Mediation Bureau atau FMB) atau Bank Negara Malaysia yang akan mengendalikan aduan anda                                  secara percuma. Anda boleh merujuk kepada pegawai di Unit Aduan syarikat insurans yang berkaitan tentang saluran yang betul untuk mengendalikan aduan anda.
• Sekiranya anda ingin mengemukakan aduan kepada FMB, aduan itu hendaklah dikemukakan dalam tempoh enam bulan dari tarikh keputusan muktamad syarikat insurans. FMB mengendalikan pertikaian antara pihak menuntut dengan syarikat insuransnya sendiri atau syarikat insurans pihak ketiga.
• FMB merupakan sebuah badan bebas yang menyediakan saluran yang cepat, mudah dan cekap bagi pengguna merujuk aduan atau pertikaian untuk penyelesaian sebagai alternatif kepada mahkamah.
• Walau bagaimanapun, FMB tidak mengendalikan pertikaian yang melibatkan harga produk insurans dan isu pengunderaitan, kes penipuan dan kes yang telah atau sedang dirujuk di mahkamah.

o Selain itu, aduan yang dirujuk kepada FMB adalah terhad kepada:-
o RM200,000 bagi polisi insurans motor dan kebakaran.
o RM100,000 bagi polisi insurans yang lain.
o RM5,000 bagi tuntutan kerosakan harta pihak ketiga.

• Bagi kes yang bukan di bawah bidang kuasa FMB, anda boleh mengemukakan aduan tersebut kepada Bank Negara Malaysia.

44 comments:

  1. Kalau saya langgar kereta yang salah macam mana pulak ye..saya naik motor langgar kereta keluar simpang..report semua sudah buat..polis cakap salah kereta tu,saya boleh claim atas kereta polis tu cakap walaupon roktax motor saya sudah mati..tapi bila saya pergi ke kedai motor untuk claim,kedai motor suruh saya jumpa lawyer,tiga kedai motor cakap bende yang sama,jumpa lawyer..bila pergi jumpa lawyer,lawyer tak nak amik kes ni,sebab saya tak ada luka teruk atau patah..mungkin lawyer tu tak nak buat sebab untung sikit kot pada dia..jadi nya sekarang ni macam mana ye?terasa macam teranayai pulak..sakit dapat,keluar duit pulak repair motor sendiri..rasa untung owner yang bawak kereta tu..tak ada apa2..

    ReplyDelete
    Replies
    1. pay n claim atas ins kereta tu

      Delete
    2. Polis tu ckp bole claim insurans kemalangan terhadap kecederaan jika ada patah tubuh badan bole claim insuran kereta tu..klu xda kecederaan parah atau cacat kekal mmang xbole claim...itu maksud polis tu..bkn dia ckp dpt claim kemalangan kenderaan..mmang lah xdpt claim sbb roktex awak sdah tamat tempoh...lain kli bwak motor pstikn rotek masih ada erkk..skrang ni salah awak jgn pulak ckp rsa tranayai..������

      Delete
    3. Sy kemalangan naik motor langgar belakang kereta akibat kereta brek mengejut..tetapi dalam kes itu sy dipersalahkan atas cuai..tetapi bila sy minta claim kecederaan xdapat macam mana pula itu..bila tanya lawyer kawasan kemalangan kata xboleh..bila tanya lawyer kt negeri lain kata boleh..walhal undang2 sama tapi lain2 jawapan

      Delete
    4. Low kalau langgar belakang tepat ditengah memang tak boleh claim, melainkan langgar bucu kiri atau kanan.. Rules10

      Delete
  2. How to pay and claim atas keta tu? What if dah pay, can get the money back?

    ReplyDelete
  3. Tuan bagaimana pula jika nk buat theft recovery claim, motor mengalami kerosakan setelah terlibat dalam kes kecurian??? Duit akan dibyr terus kepada kedai motor atau dibyr kpd owner?? Ssh nk cr bengkel, coz mostly kedai motor xnk buat, motor umur lebih dr 5 tahun...

    ReplyDelete
  4. Hai bosku,blh tak bg sye no tel atau cal sye...nk pm...0192071859

    ReplyDelete
  5. Salam bos, sy baru mengalami kemalangan pada 22/2/19 jam 8.30pm ..sy menaiki motor HONDA RS150 yg baru sebulan beli dan telah dilanggar oleh sebuah perodua viva..sy mengalami patah jari dan luka teruk mendapat MC selama 5hari..motor sy teruk sgt rosak,.report side sy blom buat lg coz tgu hbis mc bru buat report.. apa yg perlu sy buat skrg? Sy tak pandai sgt bab2 ni..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh contact lawyer untuk buat claim kecederaan & motorsikal pon uruskan sekali...0163284058

      Delete
    2. Salam.. saya baru kemalangan 24/11/2019,dan saya mengalami patah paha.. lowyer dah ambik kes ni,cuma saya nak tanya ada cara lain ke untuk saya claim atas insurans moto saya sendiri, maksud saya persendirian diatas insurans tahunan yang kita bayar n kuta boleh tuntut ke tak..

      Delete
  6. Apakah perkara seterusnya yang patut saya lakukan jika kemalangan berlaku di negara jiran kita Malaysia..selepas saya membuat laporan polis Malaysia.

    ReplyDelete
  7. Berapa lama tempoh yang diberi untuk tuntutan insurans yang perlu dibuat untuk motorsikal terbakar dikawasan parkir perumahan tanpa diketahui punca yg boleh dilakukan oleh mangsa dari tempoh masa kemalangan itu berlaku?

    ReplyDelete
  8. Assalamualaikum nak tnya sikit pasal nak claim insurans ni.baru² ni saya dalam perjalanan nak masuk keja.secara tiba² lembu melanggar moto saya.kecedraan saya urat keting &urat darah putus di bahagian lutut,hidung patah.2batang skru di lekatkan di lutut saya...boleh sapa² beri tau mcm mna sy nk claim insurans tu.saya ni xtau sgt nk claim insurans ni

    ReplyDelete
    Replies
    1. Same kes dgn sy bro...call insurans yg anda gunakan...buat report..than insurans tu akan arrangekan...dan suggestion bengkel panel dieorg...jgn bagi bengkel yg buat..lambat...

      Delete
    2. Lembu tu ada beli policy insurans.."on the road"..tak.kita nak tuntut kat makhmah..dokumen kena lengkap.jolok2 tak main..lembu sy semua ada insurans..

      Delete
  9. Assalamualaikum..saya menunggang motosikal dan di langgar oleh lori 1 tan yg memasuki simpang tanpa berikan signal...ape documents dan cara cara untuk saya membuat tuntutan terhadap insurans lori tersebut berikutan kos repair dlm 700 ke bawah.ni no talian saya 0193976240..di harap dapat jalan penyelesaian

    ReplyDelete
  10. Salam..saya telah alami kerugian kerana motorsikal yang saya tunggang terbabit dalam kemalangan.saya tdk bersalah kerana saya jln slps lampu hijau.sebuah kereta tdk berhenti apabila lampu merah Dan keluar simpang..jadi saya terus langgar kereta itu.saya tlh buat laporan trafik dan hantar motor tersebut ke bengkel.tetapi masalahnya saya tdk dapat buat tuntutan insuran saya iaitu 1st party.bolekah saya dapat cadangan daripada anda untuk perkara selanjutnya.pada awal saya rasa nak buat secara sendiri dgn insuran saya,tapi kemudian saya berfikir,data tdk bersalah..jadi bagaimana saya nak selesaikan masalah ini.tolong beri penjelasan untuk saya buat tuntutan pihak ketiga.sekian terima kasih....

    ReplyDelete
  11. Kalau motors yg langgar tak dah insuran claim mcm mana

    ReplyDelete
  12. Boleh claim atas insuran motor saya ke

    ReplyDelete
  13. Tuan bagaimana nak tuntut balik polisi insurance...begini contoh polisi insurance hidup sehingga tahun depan tetapi saya telah mnjual motor kpd org lain...dgrnya boleh tuntut balik polisi insurance tu...

    ReplyDelete
    Replies
    1. Boleh cancel ins di company yang tuan ambil ins tersebut, dan sediakn no akaun.

      Delete
  14. Boleh ke saya claim atas insurance motor yg melanggar belakang kereta saya. Insurance motor tersebut 1st Party & All rider.

    ReplyDelete
  15. raya ke2 haritu saya eksiden bwa mto terlanggar anjing yg brlari tiba2,lepas tu sya trus ke emergency then smpai harini sya nak mntak pndapat mcam mana sya nak claim insurance sdangkan saya blom report polis nak failkan report.klau masa ni sempat x sya buat report pasal kes ni?mohon balas secepat yg mungkin

    ReplyDelete
  16. saya kemalangan dan kena check pakar kepala...boleh saya tahu detail x apa yg pakar tu check?

    ReplyDelete
  17. Kalau moto kita mengalami kerosakan tapi bukan sbb kemalangan .......boleh claim insurans ke atau kena tanggung sendiri ......motor baru belum sampai setahun lagi

    ReplyDelete
  18. mmg kena byr ke sekiranya motor claim insuran.. nk ambil motor kena byr rm200 lg..

    ReplyDelete
  19. Btul ke kita kena denda sbb rendahkan market value kereta sedangkan sy klim atas insurans org yg langgar kete sy

    ReplyDelete
  20. Sy bru kemalangan moto dgn moto so moto sy langgar 2 roadtex sudah mati dan x boleh clim ats kecederaan sy patah bahu.skrng sy xda ada lesen mcm mna untuk nk clim moto sy 2

    ReplyDelete
  21. Nak tanya suami saya mengalami kemalangan selasa yg lalu dgn moto yg ingin masuk ke laluan sebelah dgn tiba2 dan mengejut menyebabkan suami sy melanggar 2 penunggang moto. Skg yg menjadi isu ibu bapa kedua anak tu x berpuas hati dan menyalahkan suami sy sedangkan semasa di tmpt kejadian pihak polis sndiri sahkan kemalangan berlaku disbbkan kecuaian bdk perempuan yg menunggang motosikal itu. Pemandu moto itu mengaku itu adalah kesilapan nye kerana menyangka kereta suami sy masih jaub lg dgn hanya berpandukan cermin pandang belakang moto

    Jadi apa tindakan susulan sy perlu buat memandangkan saksi semasa kejadian suami sy tidak sempat utk ambil contact no. Pihak yg dilanggar kerap menyalahkan suami sy.

    ReplyDelete
  22. Saya nk tanya kalu kita jatuh motorsikal sendiri...motor bru beli 3 bulan...mitor toterlose pasal langgar tiang...macam mane cara nk klim insurans...

    ReplyDelete
  23. Saya sudah pon dipanggil lawyer pada 9/10 bru ni..untuk sign borang yg menyatakan jumlah wang yg saya dpt...tp berapa lama..adkah selama 2-4 mggu...

    ReplyDelete
  24. Salam saya nak tanya. Pada 2018 saya terlibat dlm 1 kemalangan. saya pembonceng dan kawan saya yg bawak motor. kami accident langgar kereta sebab kereta tu nak keluar simpang tapi tiba2 berhenti tgh2 jalan. motor yg kami naik total loss, kawan saya patah paha tapi saya hanya luka2 dan bengkak. bulan 8 ni bicara dan saya dipanggil untuk ke mahkamah, surat daripada lawyer yg handle kes ni. dalam kes ni saya sebagai mangsa ataupun saksi? sebab bila saya call dia lawyer katanya saya sebagai saksi, tapi saya terlibat dlm kemalangan. macam mana ya? adakah saya boleh buat claim jugak?

    ReplyDelete
    Replies
    1. Salam/selamat pagi, sy ada beberapa soklan nak tnya ni, memandangkan kes kita lebih kurang serupa tp sy masih dlm siasatan lg. Jd kalau x keberatan bole wassap sy x 0104468656

      Delete
  25. Salam saya nk bertanya, sy baru kemalangan motorsikal tgh hari tadi, tp insuran baru mati 3 hari, lps acciden sy terus hidupkan insuran dan terus pergi buat report polis. Setelah hasil siasatan io didapati saya 100% tidak salah dalam kemalangan itu, io nasihatkan untuk saya claim atas kereta. Tetapi saya tidak tahu cara boleh bagi pencerahan

    ReplyDelete
    Replies
    1. Macam mana bang dah settle kes..macam mana buat claim kat kereta tu...buntu

      Delete
  26. Salam...saya kena langgar lari sampai skrg xdpt sapa yg langgar saya...soalan saya bole ke saya buat tuntutan pampasan dari insurans moto saya...sebab saya cedera putus jari patah peha patah tangan..

    ReplyDelete
  27. Salam nak tanya cover pecah masa pergi bole claim insurans ke

    ReplyDelete
  28. motorsaya kemalangan dengan kereta yg reverse tiba2..selepas buat laporan
    polis kereta yg salah dan dikompaun..bagaimana dengan kerosakan motosikal saya, boleh ke saya claim insuran kereta yg reserve tiba2 tu.

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ya boleh claim atas insurans kereta tersebut. Pastikan ada details pemandu dan kereta tersebut. Contact insurans motor awak dan minta pihak insurans uruskan tuntutan terhadap insurans kereta tersebut

      Delete
  29. Nak tanye kalau kita kemalangan motor dengan kereta, kalau kita dapat claim insuren kereta tu atas kecederaan patah kita, lepas tu kita boleh claim insurence motor untuk patah sendiri juga tak ? Double claim

    ReplyDelete
  30. Kalau accident, mmg salah kereta.. motor kita masuk bengkel so kita tiada kenderaan utk oergi kerja dan terpaksa sewa/pinjam motor..macammana kita naktuntut bayaran sewa itu

    ReplyDelete
  31. Salam..saya terlanggar bumper camry hybrid minggu lepas..kereta saya remuk sedikit dan kereta dia ade sedikit kemek di bahagian plat no..tengok dari kerosakan masing2 tak serius saya offer settle luar dan saya terus pergi ketuk n cat,kos repair kereta saya rm300.pihak dilanggar bagi bil kepada saya total damage dia rm4500.saya tengok balik gambar yang diambil selepas kemalangan bahagian kemek kereta dia tak consistent dengan bahagian kemek kereta saya.saya tak mampu nak bayar bil tersebut.boleh ke claim insurans saya?

    ReplyDelete
  32. Salam tuan.baru2 nie motorsikal anak saya terlanggar belakang kereta.kereta tu berhenti ditengah jalan secara tiba2.apa yg perlu saya lakukan.adakah anak saya kena saman jika membuat report utk claim insuran

    ReplyDelete