Pengenalan
Ini merupakan panduan sebagai pengenalan untuk memberikan anda kefahaman yang lebih baik tentang insurans motor dan apa yang perlu anda tahu apabila membeli polisi insurans motor dan membuat tuntutan.
Jenis polisi insurans motor
Apabila anda membeli kenderaan bermotor, anda perlu membeli insurans motor. Walau bagaimanapun, terdapat berbagai jenis polisi insurans motor. Jenis-jenis yang biasa adalah:
Perlindungan pihak ketiga – Polisi ini menginsuranskan anda terhadap tuntutan bagi kecederaan tubuh badan atau kematian yang berlaku kepada orang lain (dikenali sebagai pihak ketiga), dan juga kerugian atau kerosakan kepada harta benda pihak ketiga yang diakibatkan oleh kenderaan anda.
Perlindungan pihak ketiga, kebakaran dan kecurian – Polisi ini menyediakan insurans terhadap tuntutan bagi kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga, dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan atau kecurian.
Perlindungan komprehensif – Polisi ini menyediakan perlindungan yang paling luas, iaitu kecederaan tubuh badan dan kematian pihak ketiga, kerugian atau kerosakan harta benda pihak ketiga dan kerugian atau kerosakan kepada kenderaan anda sendiri akibat kebakaran yang tidak disengajakan, kecurian atau kemalangan.
Pengecualian/penambahan
Insurans motor yang standard tidak melindungi sesetengah kerugian, seperti kematian atau kecederaan anggota diri sendiri akibat kemalangan motor, liabiliti terhadap tuntutan daripada penumpang- penumpang dalam kenderaan anda (kecuali penumpang-penumpang kenderaan sewa seperti teksi dan bas) dan kerugian atau kerosakan akibat kejadian alam seperti banjir, ribut dan tanah runtuh.
Walau bagaimanapun, anda boleh membayar premium tambahan untuk menambah perlindungan polisi anda terhadap banjir, tanah runtuh, tanah gelincir dan juga perlindungan kepada penumpang-penumpang anda. Adalah mustahak untuk menyemak polisi anda tentang pengecualian yang dikenakan.
Perkara penting yang perlu diambil perhatian apabila membeli perlindungan insurans motor
Nilai diinsuranskan/jumlah diinsuranskan
Sekiranya anda membeli polisi untuk melindungi kerugian/ kerosakan kepada kenderaan anda, anda perlu memastikan bahawa kenderaan anda telah diinsuranskan secukupnya kerana ini akan memberi kesan ke atas jumlah yang anda boleh tuntut sekiranya berlaku kerugian/ kerosakan. Bagi kenderaan baru, jumlah diinsuranskan adalah harga beli manakala bagi kenderaan lain, nilai diinsuranskan adalah nilai pasaran kenderaan tersebut semasa anda memohon polisi insurans.
• Terkurang insurans – Sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada nilai yang lebih rendah daripada nilai pasaran, anda akan dianggap menginsuranskan sendiri perbezaan nilai tersebut, iaitu, jika berlaku kerugian/ kerosakan, anda akan hanya dibayar sebahagian ganti rugi (setakat bahagian yang diinsuranskan) oleh syarikat insurans anda.
• Terlebih insurans – Sekiranya anda menginsuranskan kenderaan anda pada jumlah yang lebih tinggi daripada nilai pasaran, pembayaran ganti rugi maksimum yang akan anda terima adalah nilai pasaran kenderaan tersebut kerana pemegang polisi tidak boleh ‘mendapat keuntungan’ daripada tuntutan insurans motor.
Kewajipan pendedahan
Anda perlu mendedahkan sepenuhnya semua fakta penting, termasuk tentang kemalangan sebelumnya (jika ada), pengubahsuaian kepada enjin dan lain-lain. Sekiranya anda ragu-ragu sama ada sesuatu fakta itu relevan atau tidak, adalah lebih baik bertanya kepada syarikat insurans anda. Sekiranya anda gagal mendedahkan mana-mana fakta penting, syarikat insurans anda berhak menolak tuntutan anda dan sebarang tuntutan yang dibuat oleh pihak ketiga terhadap anda. Dalam kes sedemikian, anda sendiri adalah bertanggungjawab terhadap tuntutan tersebut.
Harga
Harga yang anda bayar untuk insurans motor bergantung kepada jenis polisi yang dipilih. Premium insurans yang dikenakan oleh syarikat insurans anda adalah kadar minimum yang standard menurut Tarif Motor. Walau bagaimanapun, sebagai tambahan kepada kadar minimum yang standard, syarikat insurans anda mungkin mengenakan premium tambahan yang dipanggil bebanan premium kepada premium yang perlu dibayar. Ini disebabkan faktor risiko yang terlibat adalah lebih tinggi seperti usia kenderaan dan pengalaman tuntutan. Bebanan premium dikawal oleh Bank Negara Malaysia (BNM) dan syarikat insurans tidak boleh mengenakan bebanan premium yang lebih tinggi daripada kadar yang dibenarkan oleh BNM.
Diskaun tiada tuntutan
Premium yang perlu dibayar boleh dikurangkan sekiranya anda mempunyai kelayakan diskaun tiada tuntutan [‘no-claim-discount’ (NCD)]. NCD adalah satu skim ‘hadiah’ kepada anda sekiranya tiada tuntutan dibuat terhadap polisi anda dalam tempoh 12 bulan sebelum itu. Kadar NCD yang berlainan adalah dikenakan bagi kelas kenderaan yang berlainan. Bagi kereta persendirian, skala NCD adalah di antara 25% hingga 55% seperti yang dinyatakan di dalam polisi.
Ekses
Juga dikenali sebagai ‘deduktibel’. Jumlah kerugian ini perlu anda tanggung sebelum syarikat insurans anda membayar baki tuntutan kerosakan kenderaan anda. Jenis-jenis ekses adalah seperti berikut:
• Ekses wajib sebanyak RM400 – sekiranya kenderaan anda dipandu oleh seseorang yang bukan dinamakan di dalam polisi atau seseorang yang dinamakan di dalam polisi tetapi di bawah umur 21 tahun, pemegang lesen memandu sementara (L) atau pemegang lesen memandu penuh yang kurang dari dua tahun.
• Ekses lain – dikenakan mengikut budi bicara syarikat insurans anda dan dalam sesetengah kes, tiada sebarang ekses yang dikenakan. Anda boleh berunding dengan syarikat insurans anda berhubung dengan ekses ini.
Polisi insurans
Dengan pelaksanaan e-perlindungan dalam tahun 2005, syarikat insurans akan menghantar maklumat berhubung motor insurans secara eletronik ke Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) dan anda akan menerima slip pengesahan daripada syarikat insurans atau ejen anda sebagai bukti pembelian. Sejurus itu, dalam tempoh sebulan, anda akan menerima:
• Jadual yang menunjukkan nama dan alamat anda, butir-butir kenderaan, jumlah diinsuranskan (bagi polisi komprehensif serta polisi pihak ketiga, kebakaran dan kecurian), tempoh insurans, nombor polisi, kelayakan NCD, pengiraan premium, ekses dan pemandu-pemandu yang dinamakan;
• Sijil insurans yang menunjukkan nama anda, model kenderaan, nombor pendaftaran dan kapasiti enjin, tempoh insurans, pemandu-pemandu yang dinamakan dan had penggunaan. Dalam sesetengah kes, sijil insurans mungkin dikeluarkan semasa pembelian polisi insurans sebagai ganti kepada nota perlindungan; dan
• Polisi motor yang menunjukkan terma dan syarat perlindungan yang dikenakan oleh syarikat insurans.
Sekiranya anda tidak menerima polisi dalam masa sebulan, anda perlu memeriksa dengan syarikat insurans anda.

Sijil insurans |

Contoh polisi yang dikeluarkan dari syarikat insurans Prudential |
The Ultimate Guide to Playing Spades - Dr.MCD
ReplyDeleteSpades is a 창원 출장샵 trick-taking 보령 출장마사지 card game 남양주 출장안마 played with 경산 출장샵 a traditional 52-card deck. It can be played as either 인천광역 출장안마 a partnership or solo/"cutthroat" game.